11 September 2013

diari :)


Terkadang bukan semua mampu dikongsi,
bukan semua juga boleh diluah,
kadang bibir berat berkata,
apatah lagi untuk bercerita,
segala hal itu dan ini,
belum tentu boleh dikongsi,
namun itulah gunanya diari,
terserah kita untuk mencoraknya,
mahupun sekadar menconteng,
atau sekadar melakar garisan .! :)
Tidak perlu margin yang ditetapkan,
tidak perlu pembetulan tatabahasa,
tidak dititikberatkan penggunaan ayat,
dan sudah tentu tiada yang marah mahupun berkecil hati,
dengan segala coretan yang terconteng,
di dalam sebuah diari,
kerana diari itu,
peribadi yang privasi.. :)


No comments :

Post a Comment